Encik Azrin Yang Garang

Encik Azrin memang garang. Tapi dia bukan suka suka marah student dia. Ekceli, dia sayang student dia. cuma dia tak nak students dia dimanjakan dan spoilt. Kalau Encik Azrin tak sayang, takkan la Encik Azrin dengan gigih menggarangkan diri kan??

Thursday, September 17, 2009

Entry: Berbaloi Baloi

ahai blog,

aku nak ucapkan terima kasih kat dua orang kawan nih. aku doakan mereka berdua nih bertambah murah rejeki mereka dua.


ini pulak pemberian adik oren. masya allah sangat cantik songket tenun terengganu.

kek ini adalah pemberian akak yang tidak akak langsung. kek ni sedap tapi akak merah tak mo ngaku. ekceli nak kasik sikit kat cik sepat masa sebelum buka puasa. tapi bila dah buka puasa, dah rasa, aku tukar terus niat. kek ini hanya aku dan aku jer yang makan! ha ha ha!

saya adalah super happy! terima kasih dengan korang!

Wednesday, September 16, 2009

WTH!

ohoiiii blog, 
tadi aku bukak gmail aku dan nampak ada comment dalam blog. bila baca, erm comment mengarut rupanya.  aku pun heran kenapalah ramai sangat orang berangan yang aku tulis pasal mereka ehk? barangkali dia ingat aku nih ada sorang dua jer kut kawan and my life only revolves around them. that is lame, is it not?

now take note on my 'hypocrite' advices yeah:
1. if i didnt mention your name, stop feeling i am/was writing about you. i tend to write anonymously, and no names mentioned. i do not intend to preach, since i wrote just to release my disappoinments. if you think i wrote about you, take it positively and why do you have to be defensive? tak boleh menerima kenyataan dan teguran?? ouh that is so sad yet you claimed you are the most civilised man compared to anyone at your age. 
2. ouh dont worry, no one is reading my blog and you just found mine by chance, am i right or am i right again? why make a big fuss of it??
3. if one disappears, one has no longer interest ed to be your friend. why bother asking reasons and asking why? get grip with your life and move on. kalau orang dah tak mahu kawan, or tak mahu relate, so be it. kecoh. 
4. ouh if you have the idea of, everyone is wrong but not me, please, stay away from me yeah. i am so not into you both friendship or relationship. 
5. some people live a discrete life and they do not share their private life with public. if i were in love, ouh come on, no way i am going  to write about it and brag about it yeah. what you need to do is to respect on how one lives his life. susah sangat ker?
all in all, terima lah kenyataan dan jangan la ganggu kehidupan orang yer. you are no longer someone to me, not even a friend pun. friends love friends and they said 'i love you'. it was your fault to misinterpret it. good luck with your life yeah. 
-Encik Azrin-

Thursday, August 27, 2009

Puasa: ada YangYuk!

heyo blog,

hari keenam dah semalam berpuasa. hari nih dah hari ketujuh. cuma yang mengejutkan masa aku balik ke hostel ada lelaki yang tidak dikenali masuk ke unit aku dengan 3 bungkus makanan dan 3 bungkus air. aku tertanya tanya samada sekarang ini bulan ramadhan ataupun bulan ramayadansitadewi?! orang london dan west london pun berpuasa hingga kering tali perutnya selama 18 jam. keh keh keh.

Hari KeEnam yang KakNam

petang semalam hujan. jadi napsu untuk makan mmg sukar dikekang. yang bagusnya, sebab hujan menjadikan napsu malas untuk keluar mengatasi segala napsu napsu yang lain. sudahnya aku beli jer kat cafe K17. nasik goreng paprik yang dibuat secara begitu segera dan cincai. jadiklah kan. apa nak komplen komplen pulak. sepatutnya aku keluar dengan kawan berbuka puasa semalam. tapi aku rasa macam tak sedap badan dan ditambah pulak dengan hujan yang turun seperti anjing dan kucing (matiklah direct translation). tapi sebab hari ini hujan dan ada pulak kaplam yang meng-order roti sadin maka aku pun terpengaruh untuk mengorder sama. konon kononnya kalau tak habis nasik paprik nih nanti roti sadin tuh boleh lah aku buat sahur. masalahnya dah beberapa hari menjadi bujang nih selalu aku bangun sahur jam 0530 pagi dan sempat minum air jer. kah kah kah.

nasik goreng paprik cincai boncai.

roti sardin pengaruh abang kaplam

tamar dan buah tembikai pencuci perut bukannya pencuci mulut.

aku berjaya akhirnya menghabiskan semua makanan yang ada dengan ditemani housemate aku. dua orang housemates aku nih tidak tahu menahu tentang perihal ketidak puasaan 3 orang strangers tuh. aku pun malas nak ambil tahu. dah tua bangka masing masing pandai pandai la kan. lagipun bak kata orang melayu, kubur asing asing. jangan nanti mati katak kena bantai dalam kubur udah la kut.


-menginAYIEtai dari tiAYIErai kamar-

Tuesday, August 25, 2009

Puasa: Berkata dan Berbuat Baik

heyo blog,

semalam aku cuba menunaikan janji untuk berbuka dalam kesederhanaan. tapi ada kawan cakap aku nih kedekut sebab nak budget. aku bukan budget sebenarnya, malahan aku boleh jer memborong satu parram tuh. masalahnya siapa yang nak makan? dan adakah patut aku makan dengan berlebihan hanya semata2 nak tunjuk pada orang yang aku nih 'berkemampuan' ataupun tidak kedekut. dari aku membazir untuk diri sendiri, baik aku kumpulkan duit tuh dan bagi sedekah. kalaupun tak banyak, pada yang memerlukan tentulah jumlah yang sedikit itu akan mencukupi.

Hari Kelima

menu yang sangat sangat ringkas. aku cuba untuk menumpulkan selera. kata orang kalau dilaparkan diri, maka dapat mengekang nafsu. bila nafsu terkekang fikiran adalah lebih waras.

nasi putih, kari daging dan sayur. sebenarnya lebih dari cukup sebab aku pun bukannya membuat kerja keras. kanun acara jenayah pun lama tak buat dah. makan sikit dah cukup. he he he.
buah buahan adalah menu wajib setiap hari mulai hari semalam. he he he.


Yang Perlu diCuba

untuk beristiqamah dan bukan hangat hangat taik ayam. cuba untuk mengabaikan persepsi orang lain kerana kita boleh mati kerana mendengar bebelan manusia yang beranggapan dia sahajalah yang betul dan benar. dia sahajalah yang kaya raya seolah2 boleh membeli seluruh parram itu. maka harus cuba untuk menjauhkan diri dari orang seperti ini. tidak bagus untuk kesihatan fizikal apatah lagi kesihatan mental kerana mereka ini adalah gangguan sebenarnya.

makan dalam keadaan yang sedikit menyebabkan aku kurang rasa mengantuk. biasanya aku akan mandi selepas berbuka, sebabnya tak nak tertidur. maka masa untuk study akan diperpanjangkan.

yang bagusnya di kolej 17 seolah2 ramadhan tidak memberi kesan langsung kepada anak anak muda untuk bersukan. masih ada yang berlari dan berjogging. tak kurang yang bermain bola keranjang, bola sepak dan bola tampar. puasa bukan asbab untuk kita escape dari melakukan aktiviti harian kita. tidak ada yang perlu pun berubah cuma mungkin perlu disesuaikan supaya tidak kita mengalami dehydration. ramai yang mengambil kesempatan mengatakan ramadhan adalah bulan 'rehat'! yang rehat sepatutnya hanya lah perut yang lain2 masih perlu berputar dan bekerja. yang pasti barang seminggu dua lagi kita akan ketemu dengan satu masa yang mana kaum wanita adalah amat jauhhhhhhhhh sekali perbedaan kekuatannya berbanding orang lelaki. iaitu ketika shopping mall ada menulis jujukan perkataan 'SALE!! DISCOUNT UP TO 70%'.

dalam puasa ada yang menguatkan dan ada yang melemahkan. pilihan ada di tangan masing2 sama ada masih ingin kuat mencarut dan mengadu domba ataupun melemahkan ego dan mentakwakan diri kepada tuhan. ramai orang melakukan dosa kemudian menyebut nama tuhannya dengan anggapan mereka tidak lepas dari belengi kebersalahan itu, tetapi harus ingat itu adalah hanya menipu diri dan menipu tuhan kamu. dalam keadaan yang salah tidak akan ada perkara yang betul walaupun menyebut nama Allah.

-rehydrAYIEt the dehAyIEdration-

Puasa Datang Lagi: Dalam Zuhud kami Berbuka

Blog,

ni dah masuk hari yang keempat berpuasa. baru ada kesempatan nak ucap selamat menyambut ramadhan pada kawan kawan. aku tader pembaca blog jadi kalau aku ucap ke tak ucap ker sama jer kut, hu hu hu. ok nak cerita sikit la ramadhan tahun nih. aku dikira bernasib baik sebab tak payah nak berpuasa selama berbelas2 jam. cukup 12 jam yang menyensengsarakan dan menginsafkan. kawan kawan kat london sana puasa start jam 3 pagi dan buka puasa jam 8 malam sebab siang mereka lebih panjang. aku doakan mereka semua tabah mengharungi puasa.

Sehari Sebelum Puasa:

ada india jual eskrem lalu depan umah aku. since esok adalah akan berpuasa maka aku pun terasa nak makan eskrem. aku offer kat budak budak nih, masing masing mengelinjang la nak itu ini. tapi yang peliknya derang ambil eskrem yang murah. dalam hati aku cakap alhamdulillah. ha ha ha. adik makan eskrem sampai meleleh2. banglong pulak punya lah gigih mengecap2 eskrem tuh. aku tanya gak kenapa tak ambil cornetto ker apa ker. sekali dia jawab, 'dah biasa makan'. terus aku pitam!


ohoi anak toyol nih mmg berhantu kalau dapat makan eskrem.

gigih dan tekun tangga kejayaan memakan eskrem.

hah sampai ke batang eskrem dikunyah dimamahnya.


Hari Pertama

seperti biasa, sahur jam 430 pagi. tapi anak toyol nih tak puasa! tgh hari dah nak 'air len' (air oren! hah teringat pulak kat sorang kawan nih yang suka amat air 'oren'). oleh sebab maknya dan maklangnya bekerja pada hari sabtu (over der time), maka dia makan lauk telur goreng dengan kicap. tapi kalau aku masakan ayam panggang ker, satay ker, dia tetap akan mintak telur goreng dan nasik dengan kicap. maka lauk2 lain adalah tidak best bagi dia. pelik sungguh lah.
anak toyol yang tidak puasa dengan lauk telur goreng nya.


since yang puasa kat rumah tuh aku, paksu, nizam, apit dan kaklang, maka menu hari pertama adalah sangat2 sederhana. aku dah pulak dah janji dengan derang nak beli ayam tergolek 2 ekor. ema masak ikan tenggiri masak lemak petai. perghhhh nasib baik la aku nih lelaki lindungan kaabah. ha ha ha. bau petai tuh mmg boleh menterburaikan pahala puasa oo!



Hari Kedua

hari kedua hari ahad. so semua orang tak kerja dan semua orang ada kat rumah. so adik2 perempuan aku decided nak masak nasik minyak, rendang ayam dengan acar. oleh kerana kesedapan yang teramat sangat, sampai aku terlupa nak amik gambar. so sorry la sisters gambar makanan tuh hanya ada dalam kenangan perutku. kah kah kah. hah lagi satu, masa pergi parram si kaklang dah membeli belah dan si nizam pulak memborong murtabak sampai aku rasa boleh buat satu kedai jual murtabak pulak. beli tak beragak terus kena brukbrekbrukbrek dengan aku. terus mak aku shadapkan aku dengan berkata 'ala, rumah nih kan ada indah water (refer kepada aku dengan paksu la tuh). perlu ker nak risau makanan tak habis?'. hek enennnnnnnnnn ada ke patut indah water!?


Hari Ketiga

hari ketiga aku dah sampai kat UPM. kembali menjadi orang bujang. lepas cuci luka mak, aku berangkat berangkut balik. masa on the way tuh adik aku pun balik dari skool (school) so aku pass duit barang sepuluh dua kasi duit belanja parram (pasar ramadan). dia ada peksa besar bulan 9 nanti. so 8 sampai 10 september aku akan balik lagi ke kampung.

dalam jam 6 macam tuh aku pergi la parram serdang. masya allah, walhal belum lagi gaji tapi umat manusia seamat lah ramai! sudahnya aku pergi masuk Kay Ef Cee. lagipun mmg tetiba teringin nak makan KFC nih. surprisingly, eh tak ramai orang!yang ada pun adik2 cashier yang sextra gedik mengreeting aku dengan overnya. dari jauh lagi dia dah jerit 'welcome to KFC!'. nampak gayanya aku nih mmg ada telent jadik mahesh of tele-n-time la kut.

betul la orang cakap, masa puasa nih mmg la syaitan yang kena rantai tapi napsu masih beraja. aku angkat dinner set (buka puasa kira dinner la kan?) dan on top of that aku amik jugak chickenroni dan cheesy wedges. gambar wedges tak der sebab tak lawa dressing dia. tapikan sudahnya aku tak habis pun. aku paksa pulun makan chickenroni tuh dan berbaki 2 ketul ayam dengan mash potatoes. aku rasa ini dah cukup untuk ilangkan rindu aku pada KFC untuk sembilan bulan yang akan datang. sahur? mana lalu nak makan kfc sejuk. last2 tong sampah yang kenyang.


dinner set. beli seperti orang tamak.

giler berlemak dan merembes kemayonisannya.

Yang Perlu diPerbaiki

tiap tiap tahun aku berpuasa. tiap kali itu jugak aku meletakkan azam untuk berwasatiah dan zuhud ketika berbuka puasa. seringkali ramai di antara kita yang gagal dan itu termasuk la aku. dah lebih dari 23 tahun aku berpuasa dan menyambut ramadhan dan makanya dah lebih 23 kali aku membuat azam untuk berbuka puasa dengan ala kadar. belum ada satu pun yang menjadi. hasrat untuk menjaga badan dan kesihatan hanya tinggal janji manis mu.

aku belum lagi dapat menghayati apa itu kemiskinan, kelaparan dan dahaga tanpa air dalam erti kata yang sebenar. aku berpuasa, menjaga tertib ketika berpuasa dan menjauhi apa yang dilarang yang menyebabkan perkara batal puasa. tapi itu terhenti bila tiba waktu berbuka. kerana itu aku rasa aku belum dapat menginsafi apa itu kepapaan lalu aku menjadi orang yang kurang besyukur dengan kemewahan yang ada. ramadhan ini aku masih mengharap, untuk berbuka dengan 3 bijik tamar, segelas air kosong dan mungkin sepinggan nasi. dari situ aku berharap dapat mengukuhkan pengakuan yang Allah itu Penyimpan Perbendaharaan alam. Dia lah yang mencampakkan rasa lapar, dahaga, kenyang dan nikmat.

hari ini tak tahu lagi. mulai esok aku akan memenuhi undangan kawan kawan untuk berbuka puasa bersama. dan dari situ ada cabaran yang amat hebat. dapatkah aku berbuka dengan 3 biji tamar dan segelas air?

-puAYIEsa di bulan ramAYIEdhan-

Thursday, August 20, 2009

Demam: Adab dan Peradaban Berkawan

blog,

ouh minggu lepas aku ada melepak dan membuang masa di rumah sorang kawan. kawan aku nih pulak baru pindah kat rumah baru tu dan dia tak perasan yang tuan rumahnya tu ada buat pest control dan sembur2 racun. aku pulak sangat2 la sensitip dengan bau2an begitu. benda2 itu boleh mengakibatkan tekak aku serta merta pedih dan boleh jatuh sakit. lalu bila balik rumah aku dah mula muntah2 dan mual serta pening kepala. heip takkan la kena tanya berapa bulan pulak kan? aku mmg mengandung, tapi mengandungi bay-raque. mmg aku tak suspect aku kena H1N1 pun tapi biasalah mak aku nih kan super risau, bila dia dengar aku batuk macam nak terkeluar isi perut. maka dia memaksa aku pergi clinic. paling aku menyampah kalau pergi clinic nih, check ala kadar pas tuh dia charge sampai lima puluh ringgit. ubat yang aku dapat panadol dengan ubat batuk maha masam yang bila aku makan tetiba dapat sakit perut pulak. tak ker patut aku menyampah.

so aku pun cakap kat mak aku yang aku akan pergi pusat kesihatan universiti dan buat blood test sekali tgk sama ada H1N1 positive ker negative ker. senin tu jugak aku pergi ke PKU. aku rasa badan aku tak la panas sebab aku pegang2 leher dengan dahi aku macam oke jer. sekali masuk itu thermometer, jeng jeng jeng 39.5. ehehhhh panas rupanya badan aku nih. terus acik nurse tu hantar aku dengan satu borang 'SEGERA'. apa yang segera aku pun tak tahu. habis semua simptom2 H1N1 dia tanda right. selesai semua, Dr cuma cakap aku ada alahan pada pesticide dan insectidice juga aerosol. jgn hidu benda2 tuh kalau tak aku punya batuk tak akan reda. ok sepanjang aku demam kan, aku dapat banyak sms dan pvt message dalam YM dan jugak FB doakan kesihatan aku. tapi ada berberapa concerned ppl yang pada aku niatnya baik tapi agak meng-irritate-kan diri ku yang ingin berehat dan merehatkan diri dari kanun acara jenayah. bukan aku tak hargai ke-caring-an mereka ini. tapi pada aku kan semua benda mesti dilakukan dengan moderately. over-caring nanti irritating. kalau tak caring nanti pun tak boleh jugak sebab nanti kita terus kena lable tak appreciative. kena buat berpada pada. kan orang tua dah cakap, buat baik berpada pada, buat jahat jgn sekali, tapi buatlah banyak kali.

ada berberapa perlakuan yang menjadikan aku yang sakit lite2 nih terus boleh jadik sakit teruk. kalau aku sakit teruk maka aku boleh terus jadik nazak, dan kalau la aku nih nazak maka dengan adanya perlakuan orang orang ini maka terus aku kembali kerahmatullah.

1. ada sorang kawan nih dia akan sms aku setiap empat jam sekali sementelah dia tahu aku demam. kalau aku tak reply maka dia akan telepon. dan kalau aku tak angkat dia akan sms lagi. sudahnya inbox dan missed call aku penuh dengan number dia jer. bukan aku tak hargai dia tapi aku rasa dia nih tak considerate la kut. dia tahu tak orang demam akan makan panadol dan akan tidur, nak nak lagi aku yang batuk macam nak terkeluar usus nih akan makan ubat batuk yang akan menyebabkan aku lelap sepanjang hayat. maka adakah possible untuk aku membalas dan berbrukbrek di telepon melayan cerita officenya macam la dia tuh kerja mentadbir negara. aku rasa Datok Sewi Razib Wazak pun tak la sekecoh dia. DSRW relaks jer dengan pipi gemboinya tuh. then bila aku online sebab aku nak kena check mail dari supervisorku yang persis mafia di imperial college tuh maka kawan nih terus sms 'i ada hantar sms kat u pagi tadi'. aku baru jer tekan switch hidup dia pulak terus trigger bomb jangka masa tak terjangka. perlukah bertanya soalan itu? aku dah la tak der mood nak bangun pun, skali dapat pulak soalan macam tuh. dia ingat aku nih kerjanya nak membalas sms dia jer ker? aku tak mintak pun dia sms aku setiap 4 jam sekali mahupun 4 minit sekali jauh sekali 4 saat sekali.

2. tak nampak macam sakit/demam pun? mmg la tak nampak macam sakit. apa kau ingat kalau orang demam ada tulis kat dahi dia 'SAYA PENGIDAP H1N1'?? kalau ada tanda macam tuh mmg senang la kehidupan kita. agak2 nampak jer pengidap h1n1 kita tangkap dan bakar. atau kalau ada yang demam ker apa ker senang tangkap dan letak dalam lubang sampah. apakah perlu statement itu dan adakah perlu orang sakit menunjukkan kesakitan seperti akan matik sekejap lagi? apa ingat aku suka suka mintak sakit ataupun demam ker?

3. bila kawan kawan sakit, kita tak buat lawak melampau dengan mereka. boleh nak buat kelakar tapi jgn sampai menyinggung perasaan la kawan. contohnya kalau kawan kita tuh sesema kita tak buat lawak kata dia kena H1N1 yer. itu adalah sangat tidak perlu. ataupun kalau mak dia masuk ICU kita tak payah la buat lawak berapa dalam kubur mak you nak. perlu ker lawak macam tuh? dan kalau la kawan kita tuh retaliate balik dengan kata kata kesat adakah perlu kita nak terasa pulak? kenapakah kita menjadi orang yang bangang yang tidak ada pertimbangan dan perasaan? dari kita merapik2 cakap macam tuh kan adalah lebih baik kita ucapkan kata kata yang boleh membuatkan kawan kita nih sihat dan sembuh segera.

4. aku dah pergi clinic, aku dah pergi pusat kesihatan univeristi dah check darah. maka kawan kawan yang sextra amat prihatin tidak la perlu menyuruh aku pergi ke planet pluto pulak untuk check demam aku nih. ini demam biasa aja, tak payah la nak over berfantasi dengan penyakit yang bukan bukan dan menakut2kan aku. meleret2 sampai ke hepatits lah, kanser la. apa benda la kawan macam nih. pas tuh nak enhance kan lagi, siap kasi evidence, 'nenet i dulu macam you jugak lah, pas tuh dua hari dia meninggal'. eh hello ini macam drama swasta murah sangat kan. perlu la kau menceritakan perihal nenek dan kemeninggalannya dengan aku. berkaitankah?

ini antara benda yang aku observed sepanjang aku tak sihat. kadang kadang adalah perlu kawan yang bertanya khabar. rasa diri amat dihargai. aku nak ucap terima kasih pada yang hantar sms, mail dan pvt msg YM. tapi pada mereka yang terlalu kerap bertanya benda yang sama, sampai aku rimas nak jawab, tolong tolong lah belajar untuk meng-moderate-kan diri anda supaya orang yang sakit tadi nih tidak lah bertambah kesakitannya. berilah masa dan ruang untuk kawan yang sakit tadi berehat dan sembuh. bila dia dah ok esok esok sila la jgn berhenti meng-es em es dia kerana dia mmg sangat rajin meng-es em es orang.

dalam mengambil berat tentang kesihatan kawan, kita perlu lakarkan sempadan dengan jelasnya supaya tidak menjadi orang yang merimaskan. jalinkan persahabtan dengan penuh kehormatan.

-En deAYIEmam di serAYIEdang-

Wednesday, May 27, 2009

Gelak: Penawar Stress Pengajian

Blog,

Sudah hampir sembilan bulan. sudah beratus persamaan, ketaksamaan dan kesamarayaan yang dibincang. semalam, berbalas balas message dengan seorang staff di fakulti dan dia bakal menyambung pengajian di UK. suami tercinta barangkali akan iukut sekali. saya doakan semuanya selamat dan berjalan lancar!

+++
1. ALeya Abdul Rahman encik azrin...saye telah anta msg di inbox...nanti check ya..ingin minta tunjuk ajar...thanks...(^_^)...

2. Azrin Azury Azau at 13:42 on 27 May
ye saya dah baca.. tapi nanti bolehkah saya membalasnya?? kerana saya akan mengarang dengan panjang nya

3. ALeya Abdul Rahman at 13:45 on 27 May
owh...bole2...saya amat suka dgn penerangan yg panjang lebar...kerana saye juga amat mengagumi pemikiran anda...saya rasa anda layak bergelar seorang professor suatu hari nanti...amin...:-)...

~~pandai ye bodek puan aleya. saya ni tak pandai macam orang industri. tak boleh jadik professor rasaya.


4. ALeya Abdul Rahman at 13:47 on 27 May
jika bole, saya harap encik dpt beri jawapan dlm masa terdekat...sebab saye ingin buat appointment dgn Tuan Dekan kita...:-)...

~~ye puan seri. saya yang menorot perintah la nih. keh keh keh.

5. Azrin Azury Azau at 13:53 on 27 May
boleh boleh.. sekarang saya masih di school sedang berhempas pulas membuat presentation slide untuk dibentang nanti. sepulang saya ke rumah saya akan terus mengarang. it should be in your eng.upm inbox sepaginya esok. boleh kah macam tuh?
saya brterima kasih dengan doa puan aleya itu. insya allah saya juga berharap kita semua, puan aleya, incik pendi dan incik ammar akan menjadi professor bukan sahaja gred khas C (VK7) tapi nanti akan sama tarafnya dengan prof radin (VK5).

6. Mohd Afandi P Mohammed at 22:45 on 27 May
Tapi saya nanti lain sedikit, saya adalah professor gred khas (VK Lingam)..

~~hoishhh yang ini tergulik aku tergelak. punyalah kreatif macam mana la boleh kuwar nama hero tamil nih kan.


7. Azrin Azury Azau at 22:48 on 27 May
salah salah.. kamunanti professor gred makam yang terpuji yakni gred VP... pengabis gred dah tuh. radin pun tak akan dapat mencapai kemuncak itu. gred VP ini dikenali juga dengan nama panjangnya: Velupillai Prabhakaran!!! kah kah kah.

~~ini baru betul punya tamil punya hero. itu misai ada kasik tebal punya. kereta pun boleh kasik letop.

8. Mohd Afandi P Mohammed at 22:49 on 27 May
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah (pingsan aku ketawa)


buat PhD nih kadang kadang stress. kasi la peluang kami bersenda gurau. bukannya niat nak kecilkan hati sesiapa ataupun tunjuk bagus, berbunyi bagus sekaligus macam bagus. kami cuma mahu ada sedikit kemanisan macam sugus. kalau message macam nih pun sudah terus menghukum kami berlagak, saya hanya mampu berdoa dan bertaubat sahajalah. moga moga saya bukan orang yang ria'.

-En Azrin yang tersenyum sipot-